hubungi saya
BAHAN BANTU MENGAJAR GOLONGAN OKU
Masalah Penglihatan
Braille ialah sejenis sistem tulisan sentuh yang digunakan oleh orang buta. Sistem ini dicipta oleh seorang Perancis yang bernama Louis Braille yang buta disebabkan kemalangan semasa kecil. Ketika berusia 15 tahun, Braille mengubah suai tulisan tentera bagi memudahkan tentera untuk membaca ketika gelap. Sistem ini dinamakan sistem Braille. Namun ketika itu Braille tidak mempunyai huruf W. Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan. Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Masalah Pendengaran
- Alat Bantuan Pendengaran dan Sokongan Pembelajaran.
Alat bantu pendengaran adalah alat teknologi amplikasi bunyi seperti alat bantu pendengaran binaural, unit sistem FM dan alat acoustically tuned ear untuk mengesan bunyi dan menguatkan bunyi. Alat bantu pendengaran ini dapat membantu pelajar bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah. Teknologi alat bantu dengar yang lebih baik ialah alat bantu dengar transposisi frekuensi dan koklea implan membolehkan majoriti diri kanak-kanak bermasalah pendengaran mencapai potensi pendengaran yang mencukupi untuk belajar mendengar dan seterusnya mempelajari bahasa pertuturan. Bagaimanapun, peralatan ini mungkin agak sukar disediakan memandangkan kos peralatan tersebut yang terlalu mahal.
Sebagai alternatif, guru boleh menggunakan peralatan teknologi sedia ada di sekolah seperti televisyen, komputer dan alat pemain cakera padat/radio kaset. Misalnya, guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentul visual menggunakan televisyen dan komputer bagi pelajar yang mengalami masalah pendengaran teruk. Cara ini akan membolehkan mereka mempelajari sesuatu perkara dalam bentuk visual. Manakala bagi pelajar-pelajar yang hanya mengalami kekurangan pendengaran (masih boleh mendengar tetapi kurang jelas), peralatan seperti pembesar suara (microphone) dan alat pendengar di telinga (headphone)pula boleh digunakan.
Oleh sebab kanak-Kanak masalah pendengaran kekurangan satu deria penting, maka guru-guru memilih media yang sesuai dengan menekankan kepada deria penglihatan sentuh dengan menyediakan bahan-bahan maujud supaya dapat dilihat dan dirasai oleh kanak-kanak tersebut. Antara bahan sokongan yang digunakan khusus untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat disediakan oleh guru adalah seperti carta, foto, OHP (ABM bagi deria penglihatan) dan model dan spesimen biologi (ABM bagi deria sentuh).
Masalah Percakapan
Bahasa isyarat ialah bahasa yang digunakan oleh orang-orang yang mempunyai masalah pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Tidak semestinya digunakan oleh orang-orang pekak sahaja. Oleh itu, marilah kita sama-sama belajar…
No comments:
Post a Comment